Paling Popular
Terkini

WAWANCARA | Dr Mahathir Mohamad mendakwa rakyat Malaysia memiliki perasaan yang bercampur-campur terhadapnya yang memegang jawatan perdana menteri buat kali kedua, barangkali kerana salah faham.

Sementara masih ada yang menyatakan rasa sayang kepadanya, namun kata pemimpin berusia 93 tahun itu terdapat juga orang yang berharap supaya beliau mati.

"Mestilah ada orang yang menentang saya, (malah) terdapat orang yang bermati-matian berharap supaya saya mati.

"Ada juga orang yang bersalam dengan saya dan menghulurkan senyuman, (juga) terdapat orang yang berkata 'saya sayang Tun'," katanya pada wawancara khas sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH.

Menurut perdana menteri, pihak yang memiliki perasaan tidak baik terhadapnya berpunca daripada salah faham.

Kos sara hidup

Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai seorang diktator ketika kali pertama menjadi perdana menteri menyaksikan tahap sokongan terhadapnya mencapai 83 peratus sewaktu beliau memimpin PH menumbangkan pemerintahan BN pada Mei 2018.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Merdeka Centre tahap sokongan terhadapnya merosot sebanyak 37 peratus meletakkannya pada kadar 46 peratus setakat Mac 2019.

Parti pemerintah, dilaporkan mengalami kemerosotan tahap sokongan berpunca daripada dasar-dasar yang lemah dan janji manifesto yang tidak dikotakan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sesi dialog merupakan salah satu kaedah komunikasi terbaik dan menjelaskan beliau telah bertemu sekurang-kurangnya 50 kumpulan dan pencetus idea bagi mendengar pandangan mereka dan menjelaskan dasar kerajaan.

"Tanpa pertemuan seperti itu, tiada cara untuk menjelaskan, kami tidak boleh bergantung kepada laporan (media) untuk menyampaikan mesej kami," katanya.

Perdana menteri mengambil maklum kritikan terhadap pentadbirannya kerana masih belum menyelesaikan masalah kos sara hidup, berkata kerajaan memberi perhatian meningkatkan kuasa beli kerana nilai rendah ringgit di pasaran.

"Harga naik kadang kala berpunca kegiatan orang tengah... kami mahu mengurangkan margin keuntungan mereka, saya fikir sekiranya diberi masa, harga mungkin tidak turun tetapi apa yang perlu kita lakukan ialah meningkatkan kuasa beli ringgit kita.

"Terdapat banyak cara untuk menangani masalah ini bukan hanya sekadar memberikan wang kepada mereka sahaja," katanya lagi pada temu bual yang diadakan di pusat pentadbiran negara di Putrajaya pada 6 Mei lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS