Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

PRK SANDAKAN l Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menyekat bekas perdana menteri Najib Razak daripada datang ke negeri itu.

Najib dijadual hadir ke Kota Kinabalu esok untuk kempen "Malu Apa, Bossku" sempena pilihan raya kecil Sandakan.

“Kita tidak ada halangan kepada mana-mana pihak. Sesiapa nak masuk terserah kepada mereka kerana mereka rakyat Malaysia, nak datang, datang la. Kerena mereka berhak untuk datang.

“Tapi kita tak mahu mereka datang menyatakan mereka dihalang. Saya selaku ketua menteri tidak pernah beri arahan kepada mana-mana pihak datang,” katanya kepada wartawan selepas melawat Pulau Berhala di Sandakan, hari ini.

Najib, yang berdepan dengan 42 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, menjadi popular setelah enjenamakan semula dirinya sebagai "Bossku" dan menggunakannya sebagai platform untuk kempennya.

Di bawah pemerintahan BN sebelum ini, amalan menyekat kemasukan ahli politik pembangkang dari memasuki Sabah dan Sarawak adalah sesuatu yang lazim.

Kedua-dua negeri mengawal urusan imigresen sendiri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS