Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Kem Paloh dibina sebelum perjanjian ditandatangani

Pemaju yang membina pangkalan Tentera di Paloh telah diarahkan untuk membeli tanah dan membina kem berkenaan walaupun sebelum perjanjian ditandatangani.

Demikian menurut laporan akhir Jawatankuasa Siasatan Tadbir urus, Perolehan dan Kewangan yang dibentangkan di Dewan Negara hari ini.

"Bagi Kem Paloh, memo dari Setiausaha Politik Kementah jelas menyatakan bahawa keutamaan hendaklah diberikan kepada pembinaan Kem Paloh bagi tujuan kepentingan politik di Parlimen Sembrong sehingga menyebabkan surat arahan dikeluarkan kepada syarikat untuk membeli tanah dan memulakan pembinaan tanpa sebarang kontrak ditandatangani terlebih dahulu," kata laporan itu.

Walaupun tidak memberikan nama, laporan itu dipercayai merujuk kepada bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, yang juga Anggota Parlimen Sembrong.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata walaupun kontrak tidak ditandatangani, kerajaan terdahulu telah mengarahkan syarikat berkenaan memperoleh tanah terbabit.

Mohamad berkata RM85 juta dibelanjakan untuk membina Kem Paloh dan kerajaan menghadapi risiko kerugian jika pembinaan itu tidak diteruskan.

DAP Johor adalah pihak yang mula membangkitkan isu mengenai pembinaan kem tentera di Paloh pada 2017 dengan mendakwa ia dibina bagi tujuan politik.

Selain Paloh, laporan ringkasan itu juga menyimpulkan kem tentera di Bera, Segamat, Hutan Melintang dibina bagi tujuan politik untuk menggerakkan pengundi tentera sebelum PRU14.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS