Suhakam: Artikel 121 (1A) tidak langgar hak asasi manusia
Terjemahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) merumuskan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tindak melanggar hak asasi manusia.
Keputusan itu dicapai selepas suruhanjaya tersebut membincangkannya dalam dua mesyuarat pada minggu lalu dan bulan lalu.
Terjemahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) merumuskan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tindak melanggar hak asasi manusia.
Keputusan itu dicapai selepas suruhanjaya tersebut membincangkannya dalam dua mesyuarat pada minggu lalu dan bulan lalu.
Perbincangan mengenai isu tersebut diadakan setelah suruhanjaya itu menerima lima memorandam berhubung isu pertukaran agama yang timbul berikutan kematian wira Everest, M. Moorthy pada Oktober tahun lalu.
Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Datuk Hamdan Adnan memberitahu malaysiakini suruhanjaya itu berpendapat, artikel berkenaan tidak perlu dipinda asalkan Hakim mentafsir artikel berkenaan mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kami merasakan isu ini berkait rapat interpretasi. Terpulang kepada Hakim untuk menginterpritasinya bagi memastikan orang Islam dan bukan Islam mendapat keadilan," katanya.
Hamdan berkata, artikel itu tidak perlu dipinda kerana ia sudah memadai cuma ia mungkin menimbulkkan masalah jika tafsiran Hakim membuatkan satu pihak berasa dianiaya.
Suruhanjaya itu gagal membuat rumusan dalam mesyuarat pertamanya pada 23 Januari lalu kerana memerlukan lebih masa untuk mengkaji artikel 121 (1A). Mesyuarat pertama itu berlangsung selama tiga jam.
Bagaimanapun malaysiakini difahamkan keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu minggu lalu bukanlah sebulat suara kerana beberapa orang pesuruhjaya berpendapat artikel berkenaan kabur dan memerlukan pindaan.
Artikel 121 (1A) memperuntukkan mahkamah sivil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan ke atas penghakiman yang dibuat oleh mahkamah syriah
Kematian Moorthy telah menimbul kontroversi kerana mahkamah syariah mengarahkan beliau dikebumikan i sebagai seorang Islam kerana beliau telah memeluk Islam sebelum kematiannya.
Bagaimana keluarga Moorthy yang tidak tahu tentang pengislamannya mahu Moorthy dikebumikan secara adat istiadat agama Hindu.
Isteri Moorthy telah membuat rayuan di mahkamah sivil untuk mengkaji semula keputusan mahkamah syariah itu tetapi ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana artikel 121 (1A) tidak memberi kuasa kepada mahkmah sivil untuk campur tangan dalam keputusan mahkamah syriah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengulas isu tersebut juga telah menegaskan artikel 121 (1A) tidak akan dipinda.

