Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BBC pecat penyampai radio selepas tweet cimpanzi

GLOBAL l BBC telah memecat penyampai radio British yang menghantar ciapan dengan imej seekor cimpanzi yang berpakaian dengan tajuk "Bayi diraja keluar hospital".

Meghan, isteri Putera Harry melahirkan seorang anak lelaki, Archie - bayi berbangsa campuran pertama dalam sejarah yang dilahirkan dalam kerabat diraja British - pada awal pagi Isnin.

"Baru dipecat," kata Danny Baker, seorang wartawan siaran dengan BBC Radio 5 Live, di Twitter.

Menurut BBC, ciapan itu merupakan satu kesilapan serius yang "bertentangan dengan nilai-nilai yang cuba diwujudkan selaras dengan matlamat stesen".

"Danny adalah penyampai yang cemerlang tetapi dia tidak akan lagi mengacarakan program untuk kami," kata BBC.

Sebelum ini, Meghan, yang ibunya adalah berbangsa Afrika-Amerika dan ayahnya berkulit putih, menjadi sasaran komen rasis di media sosial.

- Reuters

Lihat Komen
ADS