Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Anggota majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam berkongsi gambar Rosmah Mansor di akaun Instagramnya, yang menunjukkan isteri bekas  perdana menteri itu berpakaian serba hitam ketika menghadiri satu majlis tadarus al-Quran.

Ia dilihat sebagai tanda sokongan terhadap kempen pembangkang bersempena sambutan ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

"Datin Sri Rosmah pun hari ini bertadarus memakai baju hitam.

"Tahun lepas je beliau tak dapat buat majlis Tadarus ini bersama teman-teman," katanya menambah Rosmah melakukan aktiviti itu sejak 14 tahun lalu.

Semalam, Lokman menyeru rakyat Malaysia agar berpakaian hitam sebagai menyokong kempen 'The Black 905' hari ini.

Lokman memberikan enam alasan mengapa kempen itu diadakan, antaranya membantah kerosakan dilakukan PH terhadap kedudukan istimewa orang Melayu Islam, hak Bumiputera, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Sementara itu, Lokman petang ini mengetuai sekumpulan kira-kira 30 orang berpakaian hitam di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur.

Kumpulan itu mula berkumpul di pintu masuk Mid Valley kira-kira jam 6 petang, sebelum bergerak secara santai ke dalam pusat membeli-belah berkenaan.

Mereka kemudian dilihat berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama.

Lihat Komen
ADS