TV3 turut siarkan karikatur hina Nabi Muhammad
Terjemahan Stesen televisyen swasta, TV3 turut menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhaammad S.A.W pada awal bulan ini, menjadikannya stesen televisyen kedua di negara ini melakukan kesalahan itu.
Terjemahan Stesen televisyen swasta, TV3 turut menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhaammad S.A.W pada awal bulan ini, menjadikannya stesen televisyen kedua di negara ini melakukan kesalahan itu.
malaysiakini berjaya mendapatkan klip video yang menunjukkan rakaman siaran berita "Bulletin Utama" TV3 pada 3 Februari yang menyiarkan imej karikatur yang menimbulkan kontroversi itu.
Karikatur tersebut disiarkan dalam laporan khas bertajuk 'Isu memperolok-olok Nabi Muhammad: Jangan salahgunakan kebebasan akhbar." Karikatur yang sama telah disiarkan oleh beberapa buah akhbar tempatan hingga menyebabkan permit penerbitan masing-masig digantung.
Laporan TV3 itu menunjukkan seorang pembaca sedang memegang akhbar berbahasa Sepanyol yang mengandungi dua daripada 12 karikatur kontroversi itu.
Kamera kemudiannya memfokus secara dekat gambar-gambar itu selama 13 saat.
Salah satu dari gambar itu menunjukkan "seorang lelaki" diapit oleh dua wanita bertudung dan bertutup muka manakala satu imej lagi menunjukkan "seorang lelaki" bercakap dengan tuhan.
Antara lain, laporan berita TV3 itu menyebut tindakan sebuah akhbar Perancis mengulang sia karikatur yang pernah disiarkan dalam akhbar Jyllands-Posten di Denmark pada September tahun lalu itu sebagai "tidak masuk akal".
Laporan itu turut menyiarkan fotaj demonstrasi anti-Denmark di Indonesia di mana telur, tomato, kerusi dan batu dilemparkan pejabat kedutaan Denmark di Jakarta.
Laporan itu mempersoal sama ada negara-negara Barat lebih mengutamakan kebebasan akhbar daripada kehormatan agama lain.
Ia juga memetik kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menyelar tindakan akhbar-akhbar Barat menyalahgunakan kebebasan akhbar tanpa mengambilkira sensitiviti agama.
Minggu lalu malaysiakini melaporkan stesen televisyen kerajaan, TV2 menyiarkan karikatur yang sama.
Setakat ini tiga buah akhbar telah digantung permit kerana menyiarkan karikatur tersebut - akhbar bahasa Inggeris di Sarawak, Sarawak Tribune dan akhbar bahas Cina, Guangming Daily dan Berita Petang.
Bagaimanapun akhbar New Srtraits Time yang menyiarkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad (bukan dari 12 karikatur berkenaan) tidak dikenakan sebarang tindakan selepas ia meminta maaf secara terbuka.
TV3 dan NST dimiliki oleh syarikat yang dikaitkan dengan Umno, Media Prima.

