Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maszlee: K'jaan akan tanggung skim insurans perlindungan guru
Diterbitkan:  May 16, 2019 2:10 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Sempena Hari Guru hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyampaikan berita baik buat warga pendidik.

Antaranya kata Mazlee, skim perlindungan insurans untuk guru ketika berada di luar kawasan sekolah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Kita sangat prihatin terhadap kebajikan guru ketika membawa murid keluar daripada sekolah. Oleh hal yang demikian, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan guru juga telah siap disemak dan digubal secara menyeluruh.

“Antara inisiatif yang akan diberikan ialah Perlindungan Insurans Guru yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-48 di Spice Arena, Pulau Pinang.

Inisiatif itu antara usaha jangka panjang yang diumumkan, selain usaha melibatkan isu lebih kompleks dan memerlukan kajian semula dasar sedia ada seperti penambahbaikan infrastruktur dan infrastruktur ICT.

“Kementerian berharap melalui [...] pengoptimaan perjawatan dan pengisian sumber manusia di sekolah nanti, [...] sekolah dapat berfungsi secara maksimum serta agihan guru yang seimbang supaya tidak berlaku kekurangan dan lebihan guru di sesebuah sekolah,” katanya lagi.

Selain itu, Maszlee turut menyenaraikan langkah-langkah lain termasuk insiatif jangka pendek yang telah diambil oleh kementeriannya dalam usaha meringankan beban ditanggung guru seperti yang diumumkan semasa Majlis Amanat Tahun Baharu 2019, Januari lalu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Sambutan Hari Guru disambut setiap tahun di seluruh negara mengikut tarikh yang diputuskan negara masing-masing. 

Di Malaysia, sambutan Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei setiap tahun. 

Lihat Komen
ADS