Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan akan beri bonus raya untuk penjawat awam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut berapa jumlah yang akan diberikan dan sama ada bantuan khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam.

Dr Mahathir berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"(Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam) ada, kita akan isytiharkan kemudian," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019, di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pada 30 April lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memohon kepada kerajaan persekutuan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Tahun lepas, kerajaan memberikan bantuan khas berkenaan iaitu bagi gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200.

- Bernama

Lihat Komen
ADS