Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jawatan menteri PH akhirnya rasmi diwarta
Diterbitkan:  May 16, 2019 5:23 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Jawatan menteri dan timbalan menteri PH akhirnya diwartakan, menurut Perintah-perintah Kerajaan Persekutuan 2019, yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Berdasarkan e-Warta Persekutuan, perintah berkenaan digazetkan pada 14 Mei lalu berdasarkan Akta Fungsi-fungsi Menteri.

Terdahulu, Malaysiakini telah melihat salinan perintah itu bertarikh 22 Januari tetapi telah ditarik keluar daripada Warta Persekutuan tanpa penjelasan.

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong mendakwa tidak tahu kenapa perintah pada Januari telah ditarik keluar daripada warta itu.

Warta jawatan menteri kerajaan PH lebih nipis berbanding warta menteri yang dibuat BN dahulu.

Pada warta tugas menteri BN sebelum ini, ia memasukkan huraian mengenai tugas-tugas kementerian, serta huraian agensi-agensi di bawah bidang kuasanya.

Bagaimanapun, pada warta tugas menteri PH tidak diberikan huraian berkenaan.

Beza dua versi warta menteri PH

Dalam pada itu, perbandingan dua versi warta tugas menteri PH menunjukkan perbezaan kecil.

Versi bulan Januari 2019 lalu menyatakan sekretariat exco Majlis Amanah Rakyat (Mara) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi pada versi terkini ia tidak disebut di dalam warta.

Ini jelas menunjukkan Mara sekarang sepenuhnya berada di bawah menteri pembangunan luar bandar.

Begitu juga, didapati pada versi Januari IJN Holdings Sdn Bhd berada di bawah Kementerian Kesihatan tetapi sekarang kembali berada di bawah Kementerian Kewangan.

Gazet jawatan menteri ini bermaksud untuk mewartakan secara rasmi tugas setiap menteri serta menyenaraikan agensi dan jabatan di bawah portfolio masing-masing.

Menurut peguam New Sin Yew tindakan kerajaan sebelum perintah itu diwartakan masih tetap sah secara undang-undangnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS