Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Sekatan ke luar negara cuma cadangan dalam rundingan awam’
Diterbitkan:  May 17, 2019 1:10 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Cadangan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap pihak yang gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikemukakan dalam proses rundingan awam, kata menteri pendidikan.

Ia, kata Dr Maszlee Malik, bukan cadangan PTPTN untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat, lapor Berita Harian.

“Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka (PTPTN) inginkan pandangan orang ramai terhadap beberapa perkara.

“Itu (memperkenalkan semula sekatan terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman) bukan cadangan mereka (PTPTN).

“Cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan) macam itu... dia pergi jawab pula.

“Pada pandangan saya, PTPTN perlu beri penjelasan kepada media supaya tidak berlaku salah faham seperti itu,” beliau dipetik sebagai berkata pada sidang media selepas sebuah sekolah Tamil di Georgetown.

Wan Saiful Wan Jan

PTPTN semalam dilaporkan akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.

Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN semalam, termasuk Wan Saiful, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

Lihat Komen
ADS