Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: K'jaan boleh jana RM416 juta lelong tanah 1MDB
Diterbitkan:  May 18, 2019 8:43 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Kerajaan dilaporkan bakal menjana RM416 juta daripada penjualan tanah 1MDB di Pulau Indah, Klang, yang berkeluasan 318 ekar.

Menurut laporan The Edge yang memetik sumber, tanah itu berstatus zon perdagangan bebas dan pembeli akan diberikan pajakan 99 tahun.

Harga tanah itu belum ditetapkan tetapi "kerajaan berhasrat mendapat lebih RM30 per kaki persegi", kata sumber itu lagi seperti dipetik.

Kata laporan itu lagi, proses bidaan untuk tanah itu akan dibuat secara dua peringkat.

Firma hartanah CBRE | WTW telah dilantik sebagai agen pemasaran eksklusif bagi penjualan tanah tersebut.

1MDB membeli tanah itu daripada Tadmex Resource Bhd pada 2014. Pemimpin DAP Tony Pua ketika itu mendakwa ia dibeli dengan harga lebih tinggi daripada sepatutnya.

Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Chua Tee Yong menafikannya dan berkata harga RM20.80 per kaki persegi adalah wajar.

Bagaimanapun dakwaannya bahawa pembelian itu melalui RM540 juta pinjaman daripada Export-Import Bank of Malaysia (Exim) bertentangan dengan kenyataan seorang lagi timbalan menteri kewangan ketika itu, Ahmad Maslan yang berkata wang tersebut diguna untuk penyelenggaraan pusat jana kuasa dan operasi melibatkan eksport tenaga.

1MDB cuba menjual tanah itu pada 2015 tetapi tiada laporan berkenaan perkembangannya.

Lihat Komen
ADS