Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kerajaan Kelantan mengumumkan bonus hari raya Aidil Fitri berjumlah RM500 untuk penjawat awam negeri itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

"Tahun ini (bonus raya) sama seperti tahun lepas iaitu RM500 kepada penjawat awam. Ia melibatkan dana keseluruhan sebanyak RM3.3 juta," katanya.

Katanya, pemberian bonus itu akan diagihkan menjelang hari raya kepada 6,600 kakitangan.

"InsyaAllah akan dapat sebelum hari raya, biasanya seminggu awal," katanya lagi.

 Dalam perkembangan berlainan, Ahmad yang juga adun Pasir Pekan berkata, kerajaan negeri memperkenalkan potongan sehingga 70 peratus kepada penduduk negeri untuk membayar denda cukai tanah yang tertunggak.

Potongan itu berkuat kuasa hari ini sehingga akhir 2019.

"Yang asasnya (cukai) itu memang kena bayar tetapi kita bagi diskaun untuk denda, kerana yang denda inilah menjadi punca orang tidak bayar cukai tanah.

"Tahun lalu kita bagi tawaran diskaun ini sebulan sahaja tetapi tahun ini, kita beri sehingga hujung tahun ini," katanya.

Melalui diskaun itu, beliau berharap orang ramai dapat mengambil peluang untuk menjelaskan tunggakan denda dengan kadar segera. 

Lihat Komen
ADS