Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warga Aceh kuasai sektor peruncitan Malaysia?
Diterbitkan:  May 24, 2019 12:42 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan mengenal pasti dakwaan sebahagian besar komuniti Aceh yang memasuki negara ini dipercayai menguasai sektor peruncitan dan perkhidmatan.

Muhyiddin berkata, tindakan akan diambil sekiranya mereka didapati memasuki negara ini secara haram serta terhadap warga tempatan yang dikatakan turut bersubahat melindungi mereka.

"Perkara ini kita akan teliti, kerana terdapat lebih dua juta pekerja asing yang sah dan bekerja di negara ini mengikut sektor tertentu dan kita ada rekod mereka datang dari negara mana.

"Kalau sektor membabitkan warga Indonesia, kita tahu mereka ada macam-macam suku, mana tempat di Indonesia mereka datang itu tidak penting, yang penting mereka masuk secara sah, ada kerja dan tidak langgar undang-undang,” katanya, lapor Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan mereka difahamkan 100,000 daripada 500,000 komuniniti Aceh di negara ini dipercayai menguasai dua sektor tersebut, yang sebahagian besarnya tertumpu di kawasan Lembah Klang.

Menurut akhbar itu, perniagaan Aceh ini dipercayai dilindungi warga tempatan yang membenarkan nama mereka digunakan dalam lesen dan mengaku pemilik kedai apabila operasi dilancarkan pihak berkuasa tempatan, khususnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).

Memetik sumber, akhbar berkenaan melaporkan, selain itu, sebahagian besar daripada mereka juga memiliki kad pengenalan Malaysia.

Lihat Komen
ADS