Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 lelaki dikhuatiri hilang lepas pergi ke kapal tersadai
Diterbitkan:  May 25, 2019 8:07 AM
Dikemaskini: 5:20 AM

Dua lelaki dikhuatiri hilang sejak semalam selepas pergi ke sebuah kapal yang tersadai di perairan Pulau Pisang dekat Pontian.

Ketua Balai Bomba Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil berkata, Mohd Khair Ismail, 38 dan Mohd Yusni bin Mohd Yusof, 43, dikatakan menaiki sebuah bot untuk pergi ke kapal dengan muatan air minuman yang tersadai sejak awal bulan ini.

"Bomba menerima panggilan pada jam 5.36 petang. Mangsa dimaklumkan telah menaiki bot pergi ke kapal yang tersadai itu semalam dan sehingga kini belum pulang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Azhar berkata keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan polis meminta bantuan pihak bomba bagi mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata operasi menyelamat bagaimanapun dihentikan seketika disebabkan air terlalu surut dan akan dimulakan pada jam 10 pagi esok ketika waktu air pasang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS