Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Daim: Kerajaan perlu fokus harga barang, rumah, tol

Pentadbiran PH perlu memberi penekanan utama dalam menangani isu kos sara hidup rakyat sempena tahun kedua pemerintahannya.

Mantan pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin berkata, tiga perkara utama perlu diberi perhatian oleh kerajaan iaitu harga barang, pembinaan rumah mampu milik dan penurunan harga tol.

"Sebelum ini kerajaan sibuk dengan isu-isu seperti Felda, Tabung Haji, dan masalah-masalah kewangan negara.

"Pertama kerajaan kena fokus perkara seperti harga barang. Ya kos sara hidup, ini kena beri perhatian.

"Kedua (kerajaan) perlu bina rumah. Banyakkan bina perumahan mampu milik dan ketiga turunkan harga tol, " katanya kepada media pada sidang media dalam lawatan ke Koperasi Keluarga Haji Zabir Kelantan Berhad di Machang hari ini.

Terdahulu beliau turut melawat Jeti Pendaratan Ikan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Bekas menteri kewangan itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan dan menegaskan pandangan tersebut dilontarkan atas kapasitinya sebagai rakyat biasa.

"Ini pandangan saya sebagai rakyat, seperti kamu jugalah. Itu yang rakyat mahukan," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai isu prestasi menteri kabinet Daim berkata, tahun kedua pemerintahan PH ini merupakan masa untuk mereka bekerja.

"Seperti saya kata sebelum ini, mereka masih baru dan baru setahun (berkhidmat). Bagilah peluang, sebelum ini sibuk dengan banyak isu negara.

"Sekarang tahun kedua, mereka perlu bekerja," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan sekiranya tahun kedua pemerintahan PH adalah waktu mengotakan janji pilihan raya, Daim berkata ia baru permulaan.

"Ini ialah permulaan (tunai janji)," katanya ringkas. 

Lihat Komen
ADS