Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Badak sumbu Sumatera jantan terakhir di M’sia mati
Diterbitkan:  May 27, 2019 4:24 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia bernama Kertam dilaporkan mati tengah hari ini.

Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (Bora) Dr Junaidi Payne berkata Kertam yang berusia lebih 35 tahun mati akibat kerosakan buah pinggang dan hati, lapor Astro Awani.

"Bedah siasat ke atas Tam akan dijalankan tidak lama lagi.

“(Buat masa sekarang) kerosakan buah pinggang dan hati tekaan (punca kematian Tam) terbaik kami," beliau dipetik sebagai berkata melalui WhatsApp, hari ini.

Haiwan yang dijaga oleh pakar di Tabin, Sabah itu hilang selera makan dan kurang bertindak balas sejak April lalu.

Dr Junaidi berkata, Tam lebih banyak menghabiskan masa berehat di bangsal, berbanding melakukan rutin harian seperti berkubang dalam lumpur.

Kertam atau nama panggilannya Tam ditangkap di Ladang Kretam, sebuah kawasan kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada Ogos 2008.

Dengan kematian Tam, Malaysia kini hanya memiliki seekor badak sumbu Sumatera betina terakhir yang dikenali sebagai Iman.

Sebelum ini, pelbagai usaha persenyawaan antara Tam dan Iman tidak berjaya kerana masalah usia Tam.

Lihat Komen
ADS