Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Diskaun hingga 33% di 23 lebuh raya pada hari raya pertama
Diterbitkan:  May 28, 2019 6:25 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Pengguna kenderaan Kelas 1 di 23 lebuh raya di negara ini bakal menikmati diskaun tol antara 10 hingga 33 peratus pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan.

Tiga lagi lebuh raya lain hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Plaza Tol Perling dan Lima Kedai untuk Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA).

Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang mengumumkan perkara itu berkata diskaun tol berkenaan akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hari pertama Aidilfitri hingga 11.59 malam hari sama.

"Pemberian diskaun tersebut dibuat sejajar dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi menghargai pengguna yang kerap menggunakan laluan berkenaan.

"Malah pemberian diskaun tol kepada pengguna ini telah mula dilaksanakan oleh syarikat konsesi lebuh raya sejak tahun 2010 dengan kadar diskaun tol antara lima hingga 100 peratus," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Lebuh Raya sempena Sambutan Aidilfitri 2019, di kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara, Lebuhraya Grand Sepadu, di Klang hari ini.

Kenderaan Kelas 1 diklasifikasikan sebagai kenderaan dua gandar dan tiga atau empat tayar tidak termasuk teksi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS