Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tabung Haji bayar zakat RM4.5 juta untuk asnaf Pahang
Diterbitkan:  May 31, 2019 1:07 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM4,597,045.24 bagi tahun kewangan berakhir 2018 untuk asnaf negeri Pahang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima pemberian itu yang disampaikan melalui Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua pegawai Eksekutif TH Zukri Samat di masjid negeri Sultan Ahmad Shah.

“TH sentiasa mengutamakan aspek kelestarian ekonomi ummah dan pembayaran zakat bagi meningkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi golongan asnaf.

“Di samping memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah.

“TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Pahang bagi kelestarian ekonmi golongan asnaf,” kata Zukri dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, bayaran zakat di negeri Pahang mencatatkan peningkatan sebanyak 25.7 peratus berbanding tahun 2017 iaitu RM3,657,354.30. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS