Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azwanddin: Orang ramai ‘cucuk’ saya sebut p***a

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menafikan bahawa dia telah menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.

Katanya, dia hanya menyebut perkataan p***a susulan ‘dorongan’ orang ramai yang hadir dalam satu perhimpunan pada Disember lalu.

Berdasarkan salinan kenyataan Azwanddin terhadap saman fitnah yang difailkan Waythamoorthy, defendan mendakwa bahawa dia hanya mengulangi apa yang dia dengar daripada orang ramai dalam perhimpunan itu.

“Defendan (Azwanddin) menyatakan bahawa perkataan p***a yang disebut ketika itu, [...] dia telah ‘dicucuk’ (diapi-apikan) oleh hadirin di situ lebih dari sekali, dan katanya, dia hanya berkata demikian melalui apa yang didengarinya daripada orang ramai.

"Kenyataan (Azwanddin) itu tidak merujuk kepada pihak plaintif (Waythamoorthy) itu sebagai individu atau menteri atau mempunyai ’kelas bawahan’ seperti yang didakwa, tetapi merujuk kepada persepsi plaintif yang dicipta oleh media atau orang ramai berhubung tindakan dan kata-katanya, dan dari segi latar belakang atau sejarah isu sensitif bangsa, agama, (dan) hak asasi manusia.

"Defendan menyatakan bahawa perkataan" p **** h "bukanlah intipati ucapannya, tetapi hanya disebut berikutan hasutan dan pendorongan orang ramai,” menurut kenyataan pembelaan itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menetapkan tarikh 16 Ogos depan sebagai hari pertama pendengaran dakwaan kes mengeluarkan kata-kata perkauman.

Peguam Annou Xavier, yang mewakili Waythamoorthy, mengesahkan bahawa hakim Rohani Ismail menetapkan tarikh pendengaran semasa pengurusan kes di kamarnya hari ini.

Peguam Sarah Abishegam mewakili Azwanddin.

Bagaimanapun, Waythamoorthy mahupun Azwanddin tidak hadir di mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS