Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden MCA: Saya risaukan Anwar bila Latheefa jadi bos SPRM
Diterbitkan:  Jun 4, 2019 8:05 PM
Dikemaskini: 2:28 PM

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata hari ini beliau berasa 'terganggu' kerana risaukan nasib Presiden PKR Anwar Ibrahim susulan lantikan bekas ahli parti komponen PH, Latheefa Koya menjadi ketua pesuruhjaya baru SPRM.

"Saya rasa terganggu kerana risaukan Anwar, kerana Latheefa memang diketahui selalu mensasarkan beliau (Anwar)

"Saya harap pelantikannya bukan sebahagian daripada konspirasi besar untuk menghentikan Anwar daripada menjadi perdana menteri berikutnya.

"Secara tertutup (privately), para pemimpin PKR menganggap Latheefa sebagai seorang yang tidak terkawal dan menjejaskan parti (loose canon). 

"Memang munasabah bagi seseorang itu mempersoalkan sekiranya beliau memang pilihan yang sesuai untuk tugas itu," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Wee berkata pelantikan Latheefa mencetuskan tanda tanya dan bertentangan dengan janji PH untuk tidak melantik ahli politik ke jawatan utama institusi penting.

"Pendirian MCA cukup jelas bahawa tiada ahli politik yang masih aktif patut mengetuai SPRM dan agensi keselamatan relevan lainnya.

"Walaupun Latheefa mengumumkan melepaskan keanggotaan PKR bagi mengambil jawatan itu, kebebasan SPRM kini dipersoalkan.

"Di manakah sikap tidak berpihak, integriti dan wibawa SPRM sekarang? Imej SPRM kini tercemar dan sesiapa pun orang yang waras tidak akan merestui pelantikannya, termasuklah malahan daripada kepimpinan PKR sendiri," kata MP Ayer Hitam itu lagi.

Wee berkata lebih sesuai jika bekas ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull digantikan oleh pegawai suruhanjaya antirasuah itu sendiri.

"MCA menuntut untuk tahu jika tindakan (pelantikan Latheefa) ini merupakan keputusan mutlak perdana menteri atau sekiranya kabinet maklum akan perkara ini.

"Daripada apa yang saya diberitahu, ia berita yang mengejutkan kepada kabinet," dakwanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS