Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jan Negeri Sembilan beri sumbangan pengebumian mangsa petir
Diterbitkan:  Jun 6, 2019 2:22 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Kerajaan Negeri Sembilan memberi sumbangan berjumlah RM6,000 kepada waris keluarga yang maut dalam kejadian dipanah petir pada Selasa lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J Arul Kumar berkata sumbangan itu diberi bagi membantu waris keluarga menguruskan pengebumian ketiga-tiga mangsa.

“Ini adalah satu insiden yang amat menyedihkan apabila tiga daripada empat ahli keluarga telah meninggal dunia.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan urusan pengebumian tersebut, " katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Semalam media melaporkan, sepasang suami isteri bersama seorang anaknya ditemui mati di sebuah kandang kambing di Felda Palong Enam dekat Seremban, dipercayai akibat dipanah petir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 petang itu, mangsa S Elangovan, 38, P Kaliammah, 36, dan anak lelaki mereka, E Vinesh, tiga tahun, maut di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi anak pasangan itu yang berusia sembilan tahun, turut mengalami kecederaan di kaki dalam kejadian berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS