Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M lantik Latheefa ikut undang-undang - Menteri

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong mempertahankan tindakan Perdana Menteri Dr Mahatahir Mohamad secara bersendirian melantik peguam Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Memetik Seksyen 5 (1) Akta SPRM 2009 yang menyatakan "Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat perdana menteri melantik ketua pesuruhjaya," Liew menjelaskan pelantikan oleh Dr Mahathir itu berlandaskan peruntukan undang-undang.

"Perdana menteri melaksanakan bidang kuasanya di bawah peruntukan khusus untuk (menasihatkan) pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya.

"(Akta SPRM) tidak menyatakan beliau mesti merujuk pelantikan tersebut kepada jawatan kuasa pilihan khas (parlimen mengenai lantikan jawatan utama perkhidmatan awam) atau kepada kabinet untuk mendapat kelulusan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mengesahkan bahawa beliau sendiri yang memilih Latheefa Koya untuk dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Pengerusi PH itu juga berkata bahawa keputusan itu dibuatnya tanpa berbincang dengan kabinet.

Dr Mahathir menjelaskan kadang-kala terdapat kejutan dan beliau berkata memilih Latheefa kerana perwatakan peguam itu.

"Sebab dia sangat tegas, dia kata apa yang betul.

"Dia tak berlapik, kita perlukan perwatakan yang tegas," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pelantikan Ke Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, William Leong berkata tidak tahu-menahu mengenai pelantikan tersebut.

Menjawab soalan mengenai pengumuman mengejut daripada perdana menteri itu, Liew berkata tindakan Dr Mahathir itu selaras dengan peruntukan undang-undang.

"Itu memang bidang kuasanya, beliau berhak berbbuat apa yang beliau suka kerana undang-undang membenarkan beliau bertindak demikian," katanya.

Pelantikan Latheefa dibuat berdasarkan kontrak selama dua tahun sehingga 1 Jun 2021 itu telah mendapat kritikan dan pujian.

Terdapat kritikan mempersoalkan kenapa tidak dipilih pegawai kanan SPRM untuk menggantikan Mohd Shukri ABdull yang melepaskan jawatannya kerana Latheefa tidak ada pengalaman dalam perkhidmatan awam.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata sudah menjadi perkara biasa bagi SPRM dipimpin oleh "orang luar" kerana menurutnya sejak Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan pada 1967 dan diganti dengan SPRM pada 2009, 10 daripada 13 ketua pesuruhjaya merupakan individu yang dilantik dari luar agensi.

Mengulas hal yang sama, Liew berkata kritikan bahawa 'Latheefa orang luar SPRM' tidak dapat diterima.

"Jadi hujah oleh pihak tertenti kenapa lantikan tidak daripada perkhidmatan awam atau orang dalam SPRM tidak berasas, malahan tidak relevan sama sekali," katanya.

Latheefa bekas ahli PKR telah melepaskan keanggotaannya dalam parti itu selepas mendapat tahu mengenai pelantikannya ke jawatan nombor satu suruhanjaya antirasuah itu.

[Baca berita penuh]

Berita berkaitan

Pelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr M

Dr M: Saya sendiri pilih Latheefa, tak bincang dengan kabinet

Azmin yakin pelantikan Latheefa berdasarkan merit

Saifuddin sahkan lantikan Latheefa tidak dimaklumkan kepada kabinet, PKR

J'kuasa parlimen boleh minta k'jaan jelaskan pelantikan SPRM

10 dari 13 ketua pesuruhjaya SPRM dilantik dari luar, kata timbalan

Lihat Komen
ADS