Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saifuddin sahkan lantikan Latheefa tidak dimaklumkan kepada kabinet, PKR
Diterbitkan:  Jun 5, 2019 2:21 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan bahawa pelantikan peguam, Latheefa Beebi Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM baru, tidak dimaklumkan kepada kabinet sebelum itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, perkara itu juga tidak diketahui oleh parti dan dirinya hanya mengetahui mengenai pelantikan bekas pemimpin PKR itu melalui media.

“Setakat ini, kita sudah terima surat keluar parti yang berkuat kuasa serta merta.

“Jadi, status beliau (Latheefa) sekarang adalah beliau bukan lagi ahli parti,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, ibu pejabat PKR sudah menerima surat keluar parti daripada Latheefa pada 3 Jun lalu yang ditujukan kepada presiden parti, Anwar Ibrahim melalui emel.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Latheefa menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Ditanya mengenai kritikan terhadap pelantikan Latheefa yang bercanggah dengan Manifesto PH, Saifuddin berkata, PH tetap berpegang kepada pendirian bahawa lantikan jawatan utama dalam SPRM perlu dirujuk kepada Parlimen.

“Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu memberi sebarang komen sehingga kita kemungkinan mendapat penjelasan mengenai perkara ini,” katanya.


Berita berkaitan

Pelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr M

Dr M: Saya sendiri pilih Latheefa, tak bincang dengan kabinet

Azmin yakin pelantikan Latheefa berdasarkan merit

J'kuasa parlimen boleh minta k'jaan jelaskan pelantikan SPRM

10 dari 13 ketua pesuruhjaya SPRM dilantik dari luar, kata timbalan

Lihat Komen
ADS