Plus Malaysia Berhad (Plus) menasihatkan semua penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan lebuh raya memandangkan kadar kematian yang tinggi melibatkan kumpulan pengguna jalan raya itu.

Ketua Pegawai Operasinya Zakaria Ahmad Zabidi berkata setakat semalam, 13 daripada 18 kematian akibat kemalangan sejak Op Selamat dilancarkan pada 29 Mei lalu terdiri daripada penunggang motosikal.

Op Selamat diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri dan akan berakhir 12 Jun ini.

"Plus menasihatkan semua penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati dan menunggang secara selamat memandangkan kadar kemalangan melibatkan kumpulan ini di lebuh raya amat tinggi dan amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.