Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'JK parlimen gagal bawa reformasi, jangan salahkan PM'

Adun PKR Dr Afif Bahardin tampil memberi maklum balas kritikan antaranya dari Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pelantikan Jawatan Utama Perkhidmatan Awam terhadap perdana menteri mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM.

Adun PKR Dr Afif Bahardin menyalahkan jawatankuasa pilihan khas parlimen itu kerana tidak mengikhtiarkan reformasi untuk membataskan kuasa perdana menteri dalam hal tersebut.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata jawatankuasa itu sepatutnya telah memulakan langkah reformasi lebih awal dan tidak wajar mengkritik keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih peguam Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Afif berkata isu sebenar dan pokok permasalahannya terletak kepada pihak yang sepatutnya membawakan reformasi mengenai bagaimana seharusnya hal-hal sebegitu dikendalikan di negara ini seelepas PRU14.

Katanya, pihak berkenaan telah "gagal dengan teruk" dalam melaksanakan tugas mereka.

Beliau memetik contoh jawatankuasa pilihan khas parlimen yang disifatkannya gagal membawakan reformasi yang diharapkan.

"Mereka tidak membawa cadangan pembaharuan kepada parlimen sejak tahun lepas. Mana reformasi itu?

"Kamu tidak boleh harapkan kerajaan yang sedang menumpukan usaha pembaikan ekonomi rakyat dan pada masa yang sama kena pula merangka cadangan reformasi tersebut. 

"Sebab itulah ditubuhkan jawatankuasa (pilihan khas parlimen) untuk berbuat demikian," kata Afif kepada Malaysiakini.

Afif yang juga exco Pulau Pinang selanjutnya berharap supaya pihak yang berkenaan tidak membantutkan reformasi hanya kerana kemalasan.

"Misalnya, jika jawatankuasa pilihan khas parlimen tidak menerima pelantikan ini, apa akan jadi, siapa yang akan putuskan? Adakah perdana menteri atau Yang di-Pertuan Agong? Semua ini perlu dijelaskan.

"Apa batasan atau had kuasa perdana menteri berhubung pelantikan jawatan-jawatan utama?

"Tolong jangan membantutkan reformasi hanya kerana kamu malas berbuat demikian," jelasnya lagi.

Menurut Afif sekarang bukan masanya melemparkan kritikan kerana prestasi MP dan jawatankuasa pilihan khas parlimen juga boleh dipertikaikan.

"Kami telah mempersoalkan prestasi kerajaan, kabinet tetapi bagaimana pula (prestasi) MP dan jawatankuasa yang dipimpin mereka?" Soalnya.

Jelasnya lagi apabila perdana menteri membuat keputusan berlandaskan bidang kuasanya, beliau dipertikaikan tetapi MP yang diamanahkan melakukan reformasi tidak berbuat demikian.

Afif menyoal anggota jawatankuasa pilihan khas mengenai cadangan dan adakah mereka telah melobi menteri serta MP, termasuk pembangkang mengenai syor reformasi mereka.

Beliau turut menggesa pihak tertentu, terutama anggota PKR, tidak memilih-milih dalam menyuarakan kritikan.

Menurutnya lagi, pengkritik pelantikan Latheefa telah berdiam diri ketika lantikan politik serupa dibuat pada masa lalu.

Contohnya termasuk pelantikan ketua PKR Kelantan, Mohamad Suparadi Md Noor sebagai pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional)

"Mereka juga senyap semasa pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

"Apa yang berbeza sangat dengan pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM?" Soal Afif lagi.

[Baca berita penuh]

Berita berkaitan:

Dr M: Keputusan pelantikan Latheefa muktamad

Shukri: Saya hanya setuju berkhidmat satu tahun

Sesiapapun berhak soal, kritik, tapi tugas saya jelas, kata Latheefa

Presiden MCA: Saya risaukan Anwar bila Latheefa jadi bos SPRM

MCA: Ego Mahathir makin hari makin besar

Pelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr M

J'kuasa parlimen boleh minta k'jaan jelaskan pelantikan SPRM

10 dari 13 ketua pesuruhjaya SPRM dilantik dari luar, kata timbalan

Lihat Komen
ADS