Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAC jangka bentang laporan 'kehilangan' bayaran balik GST pada Julai

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dijangka membentangkan laporan berhubung dakwaan kehilangan bayaran balik GST bernilai RM19.4 bilion dalam sidang parlimen seterusnya pada 1 Julai.

"Saya percaya laporan itu akan dibentang pada minggu pertama persidangan Dewan Rakyat," kata Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh kepada Malaysiakini.

Jelas Wong, PAC sudah menyelesaikan prosiding berhubung pemulangan GST dan akan mengemas kini laporan itu pada 19 Jun.

PAC memulakan prosiding berhubung bayaran balik GST pada Sept 2018 selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat pengumuman mengejutkan di Dewan Rakyat dengan mendakwa bahawa RM19.4 bilion pemulangan GST disalahgunakan oleh pentadbiran lama.

Bekas perdana menteri yang juga merupakan bekas menteri kewangan Najib Razak menafikan dakwaan itu dan berkata wang berkenaan dimasukkan dalam akaun hasil disatukan, yang dibayar kepada dana amanah bagi tujuan pembayaran balik secara berkala.

PAC sebelum dilaporkan berkata bahawa prosiding itu boleh diselesaikan pada Dis 2018 dan laporan tentang pemulangan GST akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat Mac 2019.

Bagaimanapun, pada Mac lalu, PAC masih belum menyelesaikan prosiding dan sebaliknya sedang mengesahkan dokumen dengan Jabatan Audit Negara serta memanggil bekas ketua pengarah Jabatan Kastam Subromaniam Tholasy.

Pengerusi PAC ketika itu Ronald Kiandee berkata laporan PAC berhubung pemulangan GST akan dibentangkan pada April sebelum persidangan Dewan Rakyat selesai 11 April.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS