Malaysiakini
BERITA

Tanya orang itu, kata Najib sambil tersenyum

Hidir Reduan

Diterbitkan

Najib Razak enggan mengulas lanjut mengenai video seks yangberkata beliau langsung 'tidak bertanggungjawab” berhubung dengan skandal video seks baru-baru ini yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

"Kenapa tanya saya? Jangan tanya saya.

"Tanya orang yang berkenaan, saya langsung tidak bertanggungjawab," katanya sambil tersenyum ketika wartawan menemuinya semasa beliau meninggalkan pekarangan mahkamah di Kuala Lumpur.

Najib, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Azmin sebelum itu menafikan dirinya terbabit dalam video lucah berkenaan yang menurutnya sebagai tuduhan jahat dan kejam yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

Malaysiakini, semalam melaporkan sebuah video seks atas ranjang telah diedarkan secara sistematik apabila wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ.

Video seks, dalam tiga bahagian itu, kemudiannya dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.