Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TM sahkan kunjungan SPRM
Diterbitkan:  Jun 14, 2019 12:17 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Telekom Malaysia (TM) mengesahkan menerima kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Bagaimanapun, tidak jelas tujuan kunjungan itu selain bagi mengumpul maklumat.

"TM mengulangi komitmen tegas untuk mempertahankan integriti, pentadbiran dan ketelusan, tanpa toleransi terhadap salah laku dan amalan yang luar dari kebiasaan bagi rakan kerjasama, kontraktor atau kakitangan kami.

"Berhubung perkara ini, kami mengesahkan kunjungan SPRM di ibu pejabat (semalam) untuk mencari maklumat tertentu.

"Kami akan terus memberi kerjasama kepada SPRM," kata TM dalam kenyataan semalam.

SPRM setakat ini belum menjawab pertanyaan Malaysiakini berhubung operasi semalam. Cubaan untuk mendapatkan penjelasan dari TM sedang dibuat.

Kunjungan SPRM ke ibu pejabat TM berlaku pada hari sama Noor Kamarul Anuar Nuruddin dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), pengarah urusan, dan pengarah eksekutif baru.

Lihat Komen
ADS