Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dibawa ke di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Peguam Ramesh Sivakumar yang mewakili Haziq memberitahu Malaysiakini, anak guamnya itu dibawa ke HKL awal pagi tadi.

"Kami diberitahu pegawai penyiasat (IO) bahawa anak guam kami di bawa ke Balai Batu 9, Cheras dan sekarang dia berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Menurut Ramesh, Haziq dijangka akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

"Menurut IO, dia tidak akan direman dan akan diberikan ikat jamin polis," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq ditahan di KLIA kira-kira jam 5.30 petang.

Berdasarkan tiket, Haziq dalam perjalanan untuk ke Manila, Filipina.

Haziq baru-baru ini menggemparkan negara apabila mendakwa dia adalah individu dalam rakaman klip seks video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei.

Dalam pengakuannya sehari selepas video itu disebarkan, Haziq mendakwa kejadian itu dirakam tanpa pengetahuannya dan diedarkan sehari sebelumnya.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

Azmin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.

Selepas penafian itu, pihak yang tidak dikenali menyebarkan satu lagi klip video skandal seks yang dikaitkan dengan timbalan presiden PKR itu dengan menjemput media melalui kumpulan WhatsApp dinamakan "Azmin Ali Part 2/4".

Haziq ialah ketua Angkata Muda Keadilan (AMK) Santubong yang jug setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.

Lihat Komen
ADS