Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemain industri akan dipanggil bincang isu harga simen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memanggil pemain industri simen untuk bermesyuarat susulan cadangan mereka untuk menaikkan bahan pembinaan itu.

Menterinya, Saifuddin nasution Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa ia merupakan perkara sensitif kerana akan turut mempengaruhi harga rumah, namun pihajk kementerian mahu mendengar dan berbincang berhubung cadangan itu.

"Minggu depan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan (pihak) industri, untuk mendengar sendiri alasan mereka yang sedang menimbang untuk menaikkan harga simen.

"(Pihak) industri ketika ini mberi alasan bahawa mereka mengalami kerugian, kita akan mendengar alasan mereka," katanya.

Jelas Saifuddin, kementeriannya setakat ini belum meluluskan sebarang kenaikan harga bahan berkenaan dan keputusan hanya akan dibuat selepa mesyuarat itu.

"Ini perkara yang sangan sensitif kerana ia melibatkan kos pembinaan rumah dan harga rumah.

"Sebab itu kita panggil mereka untuk bincang dan dengar sebelum membuat keputusan," katanya.

Saifuddin mengingatkan bahawa kementerian boleh menyiasat pihak industri di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya mereka mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

Jumaat lalu, EdgeProp.my memetik beberapa pemain industri yang tidak didedahkan namanya, yang mendakwa mereka menerima pekeliling daripada syarikat simen tempatan yang memaklumkan untuk menaikkan harga simen dan konkrit campur menjelasng pertengahan Jun.

Laporan itu menambah bahawa hanya ada beberapa pemain industri dalam pasaran dan sekiranya salah satu menaikkan harga, selebihnya akan ikut.

Laporan itu juga menyatakan bahawa kenaikan harga itu belum dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight melaporkan bahawa harga simen di Johor menyaksikan kenaikan 50 peratus.

Terdahulu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata kerajaan PH perlu bertanggungjawab jika tidak mampu membendung kenaikan harga bahan berkenaan.

Wee juga mempersoalkan sama ada kenaikan itu mempunyai kaitan dengan pembangunan terbaru dalam industri, termasuk pengambilalihan La Farge Malaysia

La Farge Malaysia baru-baru ini diambil alih oleh YTL Cement.]

Dalam perkembangan berasingan, Hong Leong Asia Ltd mengambil alih Tasek Cement.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS