Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Belum ada keputusan kes Najib langgar embargo parlimen

Jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen telah memulakan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana didakwa membocorkan dokumen embargo berkenaan laporan kertas putih Felda sehari sebelum laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Najib telah menafikan sebarang kesalahan di hadapan jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen bulan lepas, kata ahli jawatankuasa itu V Sivakumar.

"Beliau menafikan (dakwaan)," kata ahli DAP wakil parlimen Batu Gajah memberitahu Malaysiakini tanpa memperincikan apa yang dikatakan Najib.

Mesyuarat pertama yang diadakan pada bulan lepas turut memanggil dua saksi teknologi maklumat daripada kerajaan, kata beliau.

"Kami akan membuat keputusan. Belum ada keputusan lagi," kata beliau, "Tidak ada cadangan (hukuman) lagi kerana kami belum menyelesaikan siasatan.

Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 1 Julai, katanya.

Beliau memberitahu bahawa lebih banyak saksi akan dipanggil tetapi beliau enggan mendedahkan identiti mereka.

Pada 11 April, Najib dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan kerana didakwa membocorkan laporan kertas putih Felda.

Kertas Putih Felda disebarkan kepada penggubal undang-undang pada 9 April dengan nota peletakan embargo pada laporan itu. Perintah embargo itu hanya ditarik keesokan harinya apabila ahli parlimen membahaskan laporan di Dewan.

Bagaimanapun, setelah menerima laporan itu, Najib memuat naik gambar kertas putih, dan mendedahkan bahawa 'meletakkan opsyen' dimasukkan dalam pembelian 37 peratus saham syarikat perladangan Eagle High di Indonesia.

Menurut kertas perintah parlimen yang diterbitkan di laman laman web parlimen, Najib boleh dikenakan penggantungan tiga bulan kerana melanggar sekatan itu.

Bagaimanapun dalam versi bercetak, tidak ada menyebut mengenai penggantungan selama tiga bulan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS