Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saksi utama Suboh beri keterangan
Diterbitkan:  Jun 20, 2019 12:51 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

KES NAJIB l Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Suboh Md Yassin dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan terhadap Najib Razak.

Suboh, 68, dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat itu oleh Najib pada tahun 2011.

Dia dilapor melarikan diri keluar negara pada 2015 dan hanya kembali pada bulan Jun 2018 di bawah perlindungan saksi.

Mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, individu yang diletakkan dalam program perlindungan saksi yang ditawarkan akan ditempatkan di rumah pilihan sendiri yang dirasakan selamat, atau di lokasi yang tidak didedahkan.

Nama Suboh disebut pada prosiding perbicaraan kes itu pada Isnin lalu, ketika peguam mewakili Najib menyoal balas saksi ke-39 pendakwaan, iaitu bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Ismee Ismail, 54.

Pguam Harvinderjit Singh mencadangkan kepada Ismee bahawa Suboh mungkin terbabit dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil untuk menipu Lembaga Pengarah berhubung perjanjian perniagaan di antara Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

Gandingan Mentari adalah anak syarikat SRC International manakala Putra Perdana Construction adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.

Ismee yang menjawab soalan Harvinderjit, bersetuju dengan cadangan peguam itu.

Setakat ini, mahkamah diberitahu bahawa Gandingan Mentari memindahkan jutaan ringgit kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, yang kemudian memindahkan jutaan kepada akaun AmBank yang dimiliki oleh Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS