Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak timbul soal siapa patut berkuasa, kata Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata tidak timbul soal sama ada PAS atau Umno akan menerajui atau menguasai blok pembangkang.

Asyraf berkata, ini kerana beliau berpendapat kedua-dua parti itu melengkapi kekurangan dan kekuatan masing-masing dalam pembangkang.

“Saya rasa tidak timbul nak lead (ketuai), kerana ada jawatankuasa induk dan jawatankuasa teknikal bersama antara Umno dan PAS di mana akan memeterai piagam muafakat nasional.

“Tak pernah timbul siapa yang patut kuasai siapa kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

“Kita belum sampai satu lagi peringkat iaitu soal perbincangan kerusi dan kita baru nak memeterai piagam kita yang asas dan ini disepakati untuk dibawa ke perundingan di peringkat parti masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda Umno di Menara Tun Hussein Onn di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, berhubung perkara itu, PAS juga akan membentangkan sebagai sebahagian daripada usul mereka, di mana ia akan diperbahaskan dalam muktamar PAS yang sedang berlangsung kali ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Musrsyidul Am PAS Hashim Jasin yang mengatakan parti itu perlu mengetuai mana-mana pakatan politik pada masa hadapan ketika berucap pada pelancaran muktamar PAS. 

Lihat Komen
ADS