Malaysiakini BERITA

Dzulkefly: Bedah siasat kedua tak bercanggah yang pertama

Wong Kai Hui

Diterbitkan

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini mengumumkan bedah siasat kedua yang dilakukan terhadap dua penduduk Orang Asli dari suku Bateq di Kampung Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan menunjukkan mereka meninggal dunia akibat campak, bukan radang paru-paru (pneumonia).

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan bedah siasat kedua itu tidak bercanggah dengan bedah siasat pertama yang mengenal pasti radang paru-paru sebagai punca kematian.

Ini kerana katanya radang paru-paru adalah komplikasi daripada demam campak.

Sejak awal Mei lalu, 15 Orang Asli Kampung Kuala Koh disahkan meninggal dunia.

Bedah siasat awal mendapati dua penduduk suku Bateq berkenaan meninggal dunia akibat radang paru-paru, namun arahan dikeluarkan agar mayat mereka dibawa keluar dari tempat persemadian.

Sebanyak 12 mayat perlu dikeluarkan semula daripada tempat persemadian yang dilakukan mengikut kepercayaan tradisional suku berkenaan.

Pada 16 Jun, seorang kanak-kanak, Nasri Rosli menjadi mangsa ke-15 yang meninggal dunia akibat demam campak di sebuah hospital di Kota Bharu.

"Kenyataan akhbar bertarikh 18 Jun 2019 mengenai status kes kematian kanak-kanak berumur 2 tahun 6 bulan yang disahkan positif measles (campak).

"Keputusan makmal terkini ke atas dua kes kematian yang dibuat bedah siasat juga didapati positif measles (campak).

"Manakala bedah siasat ke atas 12 mayat yang ditemui telah dijalankan serta sampel dihantar ke makmal dan sedang dijalankan ujian bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

[Baca berita penuh]