Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa kenyataan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menghina mahkamah bukan ditujukan kepada hakim perbicaraan tetapi hanya menyentuh mengenai tindakan pihak pendakwaan.

Peguam Shafee David Mathews ketika berhujah di hadapan Hakim Mohd Firuz Jaffril berkata, asas aduan yang dibuat Peguam Negara Tommy Thomas mengenai kenyataan itu tidak menjejaskan integriti badan kehakiman kerana ia ditujukan kepada cara pendakwaan yang dijalankan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

"Mahkamah mesti melihat konteks penuh (kenyataan Shafee), bukan hanya sebahagian.

"Jika kita melihat kenyataan atau kata-kata itu, tidak menyatakan hakim (hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali) tidak boleh bersikap lurus.

"Beliau (Shafee) menyatakan pendapatnya mengenai peluang mereka (pihak peguam Najib dalam memenangi kes itu), apabila pihak pendakwa menarik balik pertuduhan itu (terhadap Najib), antara lain.

"Dia (menyatakan) pandangannya mengenai peluang yang baik, tu sahaja. Mereka (pihak pembelaan) juga pihak berkepentingan dalam menegakkan keadilan,"kata Mathews petang ini.

Permohonan menghina mahkamah itu dibuat berhubung kenyataan media  Shafee semasa di luar mahkamah yang dikendalikan Nazlan pada 7 Feb

Mathews juga berhujah peguam negara gagal menjelaskan mengapa permohonan menghina mahkamah terhadap Shafee difailkan di mahkamah yang dikendalikan Firuz walaupun kenyataan menghina yang didakwa diucapkan Shafee dibuat di luar mahkamah yang dikendalikan Nazlan.

"Walaupun perintah 1 Mac (oleh Firuz untuk peguam negara memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Shafee) telah diperolehi di mahkamah (dikendalikan Firuz), mereka (Peguam Negara) tidak menjawab mengapa mereka tidak memfailkan di mahkamah (dikendalikan) Nazlan.

"Mereka berhujah bahawa semua mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang sama, boleh memfailkan (permohonan menghina) di mana-mana sahaja.

"Ia bukan satu isu bidang kuasa tetapi kesesuaian. Ia adalah mengenai saluran yang betul untuk memfailkan permohonan (menghina mahkamah), "kata Mathews.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS