Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar: Tak siapa ambil serius penulis 'kenapa Azmin lebih layak jadi PM'

Presiden PKR Anwar Ibrahim menolak manuskrip buku yang mengatakan beliau tidak boleh menjadi perdana menteri seterusnya malah sebaliknya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dilihat lebih layak bagi menggalas jawatan tersebut.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar berkata buku tersebut nukilan Yahaya Ismail yang didakwanya cuma sekadar penulis upahan yang 'tidak berjaya di pasaran arus perdana'.

Jelas Anwar lagi, tiada siapa mengambil serius penulisan Yahaya dan perkara yang disebutnya tidak memerlukan sebarang maklum balas.

"Maksud saya, tiada sesiapa yang mengambil Yahaya secara serius. Dia dikenali sebagai seorang penulis upahan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan mesyuarat biro politik petang tadi.

"Banyak buku yang ditaja sebelum ini tidak pernah dibincangkan di arus perdana," katanya.

Anwar berkata buku-buku sedemikian tidak pernah dibincangkan para intelektual, sarjana akademik atau pun terbit sebagai ulasan bahan bacaan.

Pada 19 Jun lalu, Ahli Parlimen PKR Johari Abdul mendakwa penulis manuskrip 'Mengapa Anwar Tak boleh Jadi PM' cuba memeras ugut untuk mendapatkan bayaran lebih tinggi daripada yang ditawarkan kepadanya untuk menulis buku itu.

Menurut ahli parlimen Sungai Petani itu, penulis berkenaan menghubunginya dan berkata dia mahu berjumpa dengan presiden PKR.

Johari Abdul juga merujuk kepada Bab 15 buku itu, berkata penulisnya mempromosi seorang pemimpin lain yang dianggap lebih layak untuk menggalas jawatan itu.

Walaupun beliau tidak menyebut nama pemimpin tersebut, namun tajuk untuk Bab 15 berbunyi "Azmin Ali bakal PM."

Yahaya menafikan dakwaan Johari yang mengatakan Anwar diugut untuk membayar harga lebih tinggi bagi buku berkenaan.

Beliau mengakui ada menghubungi Johari untuk berunding bagi menjual manuskrip buku itu kepada Anwar, tetapi menafikan ia adalah ugutan.

Beliau mendakwa hanya menawarkan kepada Anwar dan Johari untuk membeli hak cipta buku berkenaan, yang didakwanya "adalah amalan biasa dalam industri penerbitan."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS