Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAC siasat projek kereta terbang, kata laporan
Diterbitkan:  Jun 26, 2019 9:52 AM
Dikemaskini: 1:52 AM

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memulakan siasatan ke atas projek “kereta terbang” bagi menyiasat sama ada projek itu menggunakan kerajaan atau dana awam.

Menurut Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh, siasatan tetap dijalankan meskipun Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof yang mencadangkan projek itu sebelum ini pernah berkata bahawa ia tidak dibiayai oleh dana kerajaan.

“Kita nak siasat kalau projek kereta terbang ini guna dana kerajaan atau dana awam,” katanya, lapor The Malaysian Insight.

Wong dipetik berkata, selain beberapa individu lain yang akan dipanggil, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Norazman Ayob turut dipanggil untuk pendengaran PAC bagi projek tersebut.

Pada Februari lalu, Redzuan berkata prototaip kereta terbang sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini, yang menurutnya kos untuk membina prototaip tersebut akan melebihi RM1 juta.

Projek itu mengundang kritikan ramai pihak termasuk di media sosial.

Katanya, pasaran utama kereta terbang yang akan dibangunkan di negara ini adalah syarikat perkhidmatan pengangkutan atau pemain sektor pengangkutan lain dan bukan untuk dijual kepada orang ramai sebagaimana tanggapan sesetengah pihak.

Lihat Komen
ADS