Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
S’pura di Pulau Pisang: ‘Ada perjanjian dengan sultan dulu’
Diterbitkan:  Jul 2, 2019 1:32 PM
Dikemaskini: 5:56 AM

Kehadiran pihak berkuasa Singapura di Pulau Pisang dalam kawasan perairan Pontian, Johor, mempunyai kaitan dengan perjanjian dengan sultan Johor terdahulu, kata Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya.

“Saya difahamkan Pulau Pisang ini ada perjanjian terdahulu antara sultan Johor dan juga Singapura.

“Dan ini telah diguna pakai sehingga hari ini dan pihak kerajaan juga akan sentiasa beri perhatian,” katanya menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian).

  Ahmad bertanya kenapa pihak berkuasa Singapura masih menjaga kawasan itu dari rumah api hingga ke jeti.

“Sehingga bila Singapura akan menjaga dan memiliki rumah api itu dan adakah kerajaan bercadang untuk bincang dengan Singapura supaya tak payah jaga lagi rumah api itu dan serah kepada Malaysia,” katanya.

Marzuki berkata setakat ini tidak berlaku perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia.

“Walaupun tentera atau (pasukan) marin dari Singapura yang kawal situ, tapi tidak ada perkara-perkara yang dilaporkan daripada mereka yang boleh jejaskan kedaulatan negara kita,” katanya.

Marzuki tidak menamakan sultan itu tetapi Johor pada tahun 1914 diperintah oleh Sultan Ibrahim (1895-1959).

Singapura pula pada era Brisith itu antara sebuah Negeri-negeri Selat.

Lihat Komen
ADS