Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada tangguh lagi - bicara kes Najib berkaitan 1MDB 19 Ogos

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sehubungan itu hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan tarikh perbicaraan akan bermula pada 19 Ogos.

Ini merupakan kali ketiga pihak pendakwaan meminta Collin menangguhkan tarikh pendengaran untuk memberi laluan kepada perbicaraan terhadap Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan kerana penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Sebutan kes di hadapan Collin pagi ini bermula dengan Peguam Negara Tommy Thomas mengemukakan permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah mempertimbangkan untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB.

Thomas memberitahu mahkamah bahawa mereka telah memaklumkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar perbicaraan SRC International, bahawa kes itu mungkin tidak selesai sehingga 15 Ogos.

Tarikh 15 Ogos adalah tarikh di mana pendengaran kes SRC International dijangka akan diputuskan.

Collin sebelum ini telah menangguhkan kes 1MDB untuk kali kedua dan menetapkan minggu berikutnya (19 Ogos) untuk ia bermula. 

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS