Paling Popular
Terkini

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau memberikan peluang kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan tawarannya membuka pintu kepada semua parti politik Melayu, termasuk Umno.

"Saya rasa saya telah katakan tadi yang kita perlu berikan beliau peluang untuk jelaskan pada mesyuarat majlis presiden," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Mahathir yang membuat kenyataan tersebut tanpa persetujuan bersama parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Mesyuarat majlis presiden PH akan berlangsung petang ini.

Pada 5 Julai lalu, Mahathir berkata pelawaan itu merupakan usaha menyatu padu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Ia berikutan kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Seterusnya, ahli parlimen Port Dickson berpendapat meskipun pelawaan tersebut hanya merujuk kepada parti Bersatu, namun kenyataan perdana menteri itu sepatutnya dibawa berbincang bersama parti gabungan PH yang lain.

"Tidak semestinya... Itu keputusan oleh Bersatu. Saya hanya berkata berdasarkan semangat gabungan PH.

"Saya rasa beliau mungkin boleh memaklumkan kepada kita masing-masing. Itu saja," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS