Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun BN akan dituduh seleweng peruntukan NBOS esok
Diterbitkan:  Jul 8, 2019 4:33 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

SPRM hari ini menahan seorang Adun di Melaka dan seorang kerani berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS ) tahun 2016.

Dana untuk negeri itu sepatutnya disalurkan kepada Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) yang dipengerusikan oleh Adun itu.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, Adun itu yang juga adalah bekas exco kerajaan negeri pada masa kejadian.

Lelaki berusia 57 tahun itu bersama wanita terbabit ditahan selepas dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai, Melaka pada kira-kira jam 11 pagi ini.

“Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM dan dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh esok,” katanya.

Siasatan dikatakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu mengemukakan tuntutan palsu.

Lihat Komen
ADS