Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hishammuddin terbuka Umno bersatu dengan parti lain

Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata beliau terbuka penyatuan Umno bersama mana-mana parti termasuk Bersatu demi penyatuan ummah.

Namun, beliau menegaskan tidak akan keluar dari Umno untuk menyertai parti lain.

"Saya rasa beliau (Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad) tahu pendirian saya dari dulu lagi. Orang tuduh macam-macam. Tapi saya konsisten yang saya tak akan tinggalkan parti.

"Cuma dalam konteks perpaduan, nak cari penyatuan ummah dan Islam, saya rasa penting untuk terus memikirkan kaedah yang terbaik," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Hishammuddin turut memberi contoh kerjasama antara PAS dan Umno baru-baru ini yang menurutnya tidak dijangkakan oleh ramai pihak.

"Dalam keadaan sekarang, walaupun mustahil untuk diri saya tinggalkan Umno, tapi nak bincangkan penyatuan ummah.

"Ia penting untuk dilihat secara konstruktif dan saya harap bahawa pihak (berkaitan) akan terus membincangkannya," katanya.

Pada 8 Julai, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pelawaannya agar parti politik Melayu menyertai Bersatu ditujukan kepada anggota parti dan bukan suatu jemputan bagi parti berkenaan menjadi sebahagian gabungan PH.

Diminta mengulas lanjut sama ada beliau akan menerima penyatuan tersebut, Hishammuddin menjawab, "Kalau penyatuan dari dulu lagi saya terima. Bapa saya (Perdana Menteri ketiga, Hussein Onn) sokong perpaduan takkan anak (mahu) perpecahan".

Pada 8 Julai lalu, Hishammuddin mengingatkan semua pihak supaya jangan sombong dengan pelawaan Mahathir.

Bekas menteri itu turut mencadangkan pihak berkenaan mempertimbangkan pelawaan perdana menteri itu.

Lihat Komen
ADS