Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP DAP cadang k'jaan sekat wakil rakyat dilantik dalam GLC

RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini mencadangkan agar kerajaan menyekat pelantikan wakil rakyat dalam ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Rayer berkata demikian ketika membahaskan pindaan kepada Akta Syarikat 1965 di Dewan Rakyat.

"Saya ingin mencadangkan supaya semua wakil rakyat dihalang daripada memegang jawatan dalam syarikat, terutamanya syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan," katanya.

Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) kemudian mencelah dan mempersoalkan sama ada ahli politik yang kalah dalam pilihan raya umum juga harus dihalang daripada memegang jawatan dalam GLC.

Che Abdullah mendakwa bahawa ramai pemimpin PH yang telah dilantik ke entiti yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan di Kelantan.

Rayer menjelaskan bahawa dia hanya merujuk kepada wakil rakyat tetapi menambah bahawa ia juga termasuk mereka yang telah dilantik sebagai senator.

"Tetapi jika saya bertanding dalam pilihan raya umum dan kalah, maka saya bukan wakil rakyat," katanya.

Terdahulu, Rayer berkata penglibatan wakil rakyat daripada kerajaan terdahulu di GLC telah menyebabkan skandal, dan memetik 1MDB, Felda dan Felcra sebagai contoh.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS