Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan cadang pinda undang-undang kawal ketum
Diterbitkan:  Jul 11, 2019 3:32 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

PARLIMEN | Kerajaan kekal dengan pendirian tidak menggalakkan penanaman pokok ketum bagi dikomersialkan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata isu pengambilan ketum dilihat sebagai masalah sosial yang perlu dibendung khususnya melibatkan golongan remaja.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya sedang memperinci pindaan terhadap Akta Racun 1952 (Akta 366) merangkumi kawalan ke atas tumbuhan psikoaktif seperti pokok ketum dan mengkaji cara terbaik menanganinya termasuk mengadakan perbincangan dengan pemegang taruh.

"Pindaan ini akan memperuntukkan larangan ke atas aktiviti perladangan, penanaman, pengimportan, pengeksportan, pembekalan, penjualan dan pemilikan tumbuhan psikoaktif seperti pokok ketum.

"Cadangan kawalan ini diharap dapat membendung masalah penggunaan ketum yang mempunyai banyak kesan negatif kepada masyarakat dan negara," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Shabudin Yahaya (PH-Tasek Gelugor) mengenai isu penggunaan ketum dalam kalangan rakyat Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS