Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siap 13 % bayar 80 % : K'jaan belum dapat penjelasan Najib

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kehairanan mengapa kerajaan di bawah pentadbiran Najib Razak sebelum ini membuat pembayaran sebanyak 80 peratus bagi projek-projek saluran paip walaupun kerja-kerja pembinaan hanya siap 13 peratus.

"Ini adalah satu keadaan yang kita tidak faham langsung, bagaimana wang digunakan begitu banyak dibelanjakan.

"Dan pada tanggapan banyak pihak ini adalah suatu yang amat salah sekali dan sehingga sekarang, kita tidak dapat penjelasan langsung daripada Datuk Seri Najib ataupun mana-mana pihak daripada kerajaan lama," katanya.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan menyita lebih RM1 bilion daripada akaun bank syarikat Chinese Petroleum Pipeline Engneering Ltd (CPP) berhubung dua projek saluran paip yang masih belum disiapkan.

Projek pertama adalah saluran paip sepanjang 600 kilometer di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia bernilai RM5.35 bilion manakala yang lain adalah rangkaian saluran paip gas di Sabah bernilai RM4.06 bilion.

Jelas Dr Mahathir, syarikat itu melanggar perjanjian kontrak apabila hanya menyiapkan 13 peratus skop kerja sedangkan sudah menerima 80 peratus daripada jumlah bayaran keseluruhan.

Lihat Komen
ADS