Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ini komplot politik untuk halang kejayaan dalam politik, kata Dr M

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan klip video seks yang mengaitkan menteri adalah "komplot politik" untuk menghalang kejayaan seseorang dalam politik.

"Ini semua tentang politik, bukan tentang mendedahkan salah lalu seseorang. Ini tentang politik untuk menghalang seseorang daripada berjaya dalam politik.

"Ini komplot politik yang memang bertujuan menghalang seseorang daripada berjaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Beyond Paradigm Summit 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan tindakan polis menahan beberapa lagi individu dalam siasatannya berhubung video seks itu semalam.

Semalam tiga lagi individu termasuk pembantu Presiden PKR Anwar Ibrahim ditahan berhubung klip video seks itu yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Ia selepas bekas ketua pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lima individu ditahan untuk membantu siasatan berkenaan kes itu.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan perintah reman enam hari terhadap Haziq dan mengurangkan reman kepada empat hari kepada lima lagi.

Lihat Komen
ADS