Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Rombakan pengurusan jika bekalan air tak pulih sebelum Jumaat’

Air Selangor hari ini diberi kata-dua supaya memulihkan bekalan air seperti dijanjikan dalam 84 jam atau menyaksikan rombakan terhadap pengurusan tertinggi syarikat itu serta-merta.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata gangguan bekalan air yang dijadualkan pada Selasa, 23 Julai nanti kerana kerja-kerja penyelenggaraan sepatutnya dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada Jumaat 9 malam 26 Julai.

“Kami juga terganggu, sebagai manusia, dan sebagai badan kawal selia dengan semua pemotongan air ini. Kami pun terganggu, dan kami dah bincang dalam suruhanjaya kami dalam mesyuarat tertutup kami.

“Jika pada 9 malam, Jumaat, bekalan air tak pulih di rumah-rumah kami, 758 kawasan di tujuh wilayah, SPAN akan minta dan desak menteri besar Selangor untuk buat perubahan pengurusan dalam Air Selangor. Ini satu amaran buat Air Selangor.

“Saya nak bagitahu, kami ambil serius hal ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Pada 2 Julai, Air Selangor telah membuat permohonan menjalankan kerja-kerjan penambahbaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dijadualkan bermula pada 23 Julai ini.

Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual utama tersebut dijangka mengambil masa selama 12 jam sahaja bermula 9 pagi sehingga 9 malam pada 23 Julai, bagaimanapun tempoh masa keseluruhan gangguan dijangka 84 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS