Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AG jumpa keluarga Beng Hock
Diterbitkan:  Jul 20, 2019 10:22 AM
Dikemaskini: 2:22 AM

Peguam Negara, Tommy Thomas memberi jaminan kepada keluarga Teoh Beng Hock bahawa siasatan semula terhadap kes kematian mendiang tidak terhad kepada "pengurungan secara salah".

Menurut peguam mewakili keluarga, Ramkarpal Singh, Thomas memberitahu keluarga itu semasa pertemuan semalam bahawa pengkelasan semula kematian Teoh di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan adalah semata-mata perkara pentadbiran.

"(Peguam Negara kata) tidak, dengan apa cara pun untuk menunjukkan bahawa siasatan kematian Teoh hanya terhad kepada pengurungan secara salah pada tahap ini," kata Ramkarpal.

Semalam berlangsung pertemuanantara Thomas dan dua pegawainya serta adik-beradik Teoh Beng Hock - Beng Hock Lee Lan dan Meng Kee di Putrajaya.

Keluarga Teoh diwakili oleh Ramkarpal dan Sangeet Kaur Deo.

Ramkarpal berkata langkah seterusnya adalah untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador bagi membincangkan status siasatan.

"Kami akan terus melakukan apa yang dapat kami lakukan untuk memastikan keadilan dilakukan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Teoh kali terakhir dilihat pada 1 Julai 2009 ketika memasuki ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan disoal siasat semalaman.

Dia dijumpai mati di ditingkat lima bangunan itu keesokan harinya dan sejak itu kematiannya menimbulkan pelbagai spekulasi.

Thomas baru-baru ini berkata tiada bukti mencukupi untuk menyiasat kes itu di bawah kesalahan membunuh.

Lihat Komen
ADS