Malaysiakini
BERITA

APMM rampas 3kg ikan, alatan bom ikan tapi suspek lari

Bernama

Diterbitkan

Rondaan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Bait, dekat Semporna semalam berjaya menyekat aktiviti mengebom ikan disyaki dilakukan dua individu.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata anggota bertugas merampas 3kg pelbagai jenis ikan serta peralatan bom ikan dalam kejadian 9 pagi itu.

"Namun dua individu yang disyaki melakukan kegiatan itu berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut sebelum masuk ke hutan paya bakau," katanya dalam satu kenyataan di Semporna, hari ini.

Norrimi berkata kejayaan mereka itu selepas anggotanya mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, orang ramai diminta bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.